Jumaat, 25 Januari 2013

JOM KENALI MODE YANG ADA DI KAMERA ANDA ( M, A/Av, S/Tv, P )


Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai M, A/Av, S/Tv, P, korang tau ke apa huruf2 tu. Hmm... Baik ana jelaskan secara ringkas dulu.

P : Program – Sistem akan secara automatik pilih nilai shutter speed(ss) dan aperture(f)
A/Av : Aperture Priority – Sistem akan secara automatik pilih nilai shutter speed dan anda boleh pilih nilai aperture yang dikehendaki
S/Tv : Shutter Priority – Sistem akan secara automatik pilih nilai aperture dan anda boleh pilih nilai shutter speed yang dikehendaki (vice versa dgn A/Av)
M : Manual – Segala setting adalah manual, semua kena set sendiri

*noted : Setting lain adalah dibenarkan dalam keempat-empat mode di atas (eg: ISO, exposure, focus, and etc...)

Mungkin ada diantara kita mengatakan, kan lebih mudah guna auto mode. Yup, betul tapi tidak semua situasi sesuai guna auto. Kita mesti nak gambar yang lebih kreatif dan effect yang lebih cantik. Anda juga tidak akan dapat ambil gambar yang bergerak laju atau nak ambil gambar yang blur sebagai contohnya. Apalah gunanya kamera mahal-mahal, tapi guna auto-mode. Jadi, jom kenali mode yang sesuai untuk situasi yang berbeza. Mungkin ada kesilapan dan pastinya tak akan 100% betul apa yang saya kongsikan. Boleh berikan komen. Silakan dan amat-amat dialu-alukan. Ana budak baru belajar. Bukan pro pun. Masih beginner dalam bidang ni. Mentah katakan. Tapi ana tetap nak berkongsi ilmu yang ana ada ini.

Jom kita mulakan!!!

Owh ya... Ana akan mulakan dengan P mode dulu dan diakhiri dengan M mode. Anda kena faham mode yang lain dulu sebelum memahami M mode, dan kena faham P mode dulu sebelum mode yang lain. Itu yang saya dapat dari pembacaan saya. Tapi, ia memang betul. Percayalah.... Hehe...

P atau program mode ini seperti yang saya maklumkan di atas, sistem akan set secara automatik nilai ss dan f. Harap dah faham apa itu ss dan f. Boleh cek kat atas ya. Mode ini boleh digunakan jika anda tidak ada masa untuk fikirkan tentang nilai ss dan f yang sesuai dan anda perlukan masa untuk fikirkan tentang komposisi atau bahasa mudahnya “kedudukan” yang sesuai atau setting2 yang lain. Anda boleh tukar nilai exposure yang mana ia amat-amat diperlukan bila hendak mengambil gambar ditempat yang terang atau gelap.

A/Av mode pula membenarkan anda memilih nilai f yang anda kehendaki tapi tidak untuk nilai ss. Mode ini adalah sangat sesuai untuk anda mengambil gambar bokeh yang mana anda boleh meminimumkan nilai f. Mode ini sesuai untuk pelbagai situasi tetapi tidak sesuai untuk objek yang bergerak (moving object). Jika di tempat yang cerah, anda kena lihat nilai ss yang diberi. Mungkin nilai itu sudah terlalu tinggi dan gambar anda masih terlalu terang, anda boleh turunkan nilai ISO atau naikkan nilai f. Di tempat yang gelap pula, jika nilai ss yang diberi terlalu kecil dan akan mengakibatkan gambar anda blur, anda boleh naikkan nilai ISO. Tetapi, nilai ISO yang terlalu tinggi boleh menyebakan gambar anda pecah. Untuk mengatasinya kekalkan nilai ISO anda dan gunakan Tripod.

S/Tv mode adalah vice versa dengan A/Av mode. Anda dibenarkan untuk memilih nilai ss tetapi tidak untuk nilai f. Mode ini adalah sangat sesuai untuk objek yang bergerak seperti lumba moto, hari sukan, dan sebagainya. Tetapi nilai ss yang terlalu tinggi akan menyebabkan kurangnya cahaya masuk dan gambar akan menjadi gelap. Oleh itu, anda boleh mengubah nilai ISO kepada yang lebih tinggi. Menggunakan mode ini, anda kena menjadi lebih kreatif. Contohnya untuk mengambil gambar kereta yang laju, anda kena pastikan focus pada kereta dan gerakkan kamera mengikut arah kereta itu supaya kereta akan nampak jelas dan latar belakang akan blur. Dalam kes ini, anda kena menggunakan Tripod. Anda juga boleh membuat gambar yang blur dengan mode ini iaitu dengan merendahkan nilai ss. Ikut kreativiti masing2.

Untuk memahami mode2 yang di atas, anda kena cuba sendiri bukan sekadar baca. Sekarang kalau sudah boleh memahami ketiga-tiga mode di atas, sekarang masa untuk kita memahami M mode pula.

Dengan menggunakan M mode, anda adalah diberi mandat 100% untuk mengawal kamera anda. Anda boleh mengawal nilai ss dan f dan begitu juga dengan setting lain. Mode ini amat sesuai untuk anda mengambil gambar landskap yang mana anda ada masa untuk mencuba nilai2 setting yang berbeza untuk kesan yang berbeza. Anda kena memastikan kombinasi nilai ss dan f adalah sesuai bukan boleh tukar sesuka hati. Selain gambar landskap, anda boleh menggunakan mode ini untuk gambar potrait tetapi anda kena kreatif dalam bemain cahaya. Dengan menggunakan mode ini, anda boleh menggunakan nilai ss lebih dari yang disediakan iaitu dengan menggunakan kaedah yang diberi nama Bulb. Skroll kan ss kepada nilai yang paling lambat sehingga anda jumpa Bulb. Biasanya selepas nilai ss 30. Dengan Bulb anda boleh kawal nilai shutter sendiri. Bila hendak ambil gambar, tahan button snap ikut berapa lama yang sesuai. Bergantung dengan cahaya dan kesan yang anda mahu.

Hehe... Semua di atas adalah teori semata-mata. Saya pun masih dalam proses mencuba. Selamar mencuba semua. ^_^

Jumaat, 11 Januari 2013

Bangunan di Kuching

Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera. Ni nak share ckit gambar2 bangunan yang ana ambil di sekitar Kuching. hehe...



Isnin, 7 Januari 2013

KARISMA 13


KARISMA 13 atau nama panjangnya Kursus Kepimpinan Mahasiswa 2013 yang dianjurkan oleh IKMAS dengan kerjasama JailulFatih Resources. Sebuah kursus kepimpinan yang begitu penting bagi meningkatkan gaya kepemimpinan yang sedia ada untuk menjadi lebih baik. Saidina Ali k.w pernah berkata “Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.”

Jika hebat pemuda-pemudi hari ini, maka hebatlah masa depan negara kita. Justeru itu, pembangunan insan untuk orang-orang muda hari ini amat penting bagi masa depan negara yang gemilang. Ust Azhar Idrus punya trademark "Orang muda geng kita". ^^

AKTIVTI SEPANJANG PROGRAM





























PERASMIAN


 Pengetua IKMAS berucap di majlis penangguhan. Seorang pengetua yang begitu ambil berat akan anak muridnya.

 YDP yang hebat!!! Berucap dengan penuh keyakinan

 Gimik perasmian. hehe...

Wakil dari JailulFatih resources menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Pengetua IKMAS

SURAT-SURAT DARI PESERTA




Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera. Selamat datang ke blog saya, Arashi Photo Creative. Di dalam blog ini saya akan berkongsi kepada anda semua gambar-gambar yang saya ambil, tip-tip mengambil gambar, info2 ilmiah dan sebagainya. Saya masih baru lagi dalam bidang ini dan mohon tunjuk ajar dari anda semua.
"Nothing to fear, but Allah"

Jom Chat!!!