Sebelum bercerita lebih lanjut mengenai M, A/Av, S/Tv, P,
korang tau ke apa huruf2 tu. Hmm... Baik ana jelaskan secara ringkas dulu.
P : Program – Sistem akan secara automatik pilih nilai shutter
speed(ss) dan aperture(f)
A/Av : Aperture Priority – Sistem akan secara automatik
pilih nilai shutter speed dan anda boleh pilih nilai aperture yang dikehendaki
S/Tv : Shutter Priority – Sistem akan secara automatik pilih
nilai aperture dan anda boleh pilih nilai shutter speed yang dikehendaki (vice
versa dgn A/Av)
M : Manual – Segala setting adalah manual, semua kena set
sendiri
*noted : Setting lain adalah dibenarkan dalam keempat-empat
mode di atas (eg: ISO, exposure, focus, and etc...)
Mungkin ada diantara kita mengatakan, kan lebih mudah guna
auto mode. Yup, betul tapi tidak semua situasi sesuai guna auto. Kita mesti nak
gambar yang lebih kreatif dan effect yang lebih cantik. Anda juga tidak akan
dapat ambil gambar yang bergerak laju atau nak ambil gambar yang blur sebagai
contohnya. Apalah gunanya kamera mahal-mahal, tapi guna auto-mode. Jadi, jom
kenali mode yang sesuai untuk situasi yang berbeza. Mungkin ada kesilapan dan
pastinya tak akan 100% betul apa yang saya kongsikan. Boleh berikan komen.
Silakan dan amat-amat dialu-alukan. Ana budak baru belajar. Bukan pro pun.
Masih beginner dalam bidang ni. Mentah katakan. Tapi ana tetap nak berkongsi
ilmu yang ana ada ini.
Jom kita mulakan!!!
Owh ya... Ana akan mulakan dengan P mode dulu dan diakhiri
dengan M mode. Anda kena faham mode yang lain dulu sebelum memahami M mode, dan
kena faham P mode dulu sebelum mode yang lain. Itu yang saya dapat dari
pembacaan saya. Tapi, ia memang betul. Percayalah.... Hehe...
P atau program mode ini seperti yang saya maklumkan di atas,
sistem akan set secara automatik nilai ss dan f. Harap dah faham apa itu ss dan
f. Boleh cek kat atas ya. Mode ini boleh digunakan jika anda tidak ada masa
untuk fikirkan tentang nilai ss dan f yang sesuai dan anda perlukan masa untuk
fikirkan tentang komposisi atau bahasa mudahnya “kedudukan” yang sesuai atau
setting2 yang lain. Anda boleh tukar nilai exposure yang mana ia amat-amat
diperlukan bila hendak mengambil gambar ditempat yang terang atau gelap.
A/Av mode pula membenarkan anda memilih nilai f yang anda
kehendaki tapi tidak untuk nilai ss. Mode ini adalah sangat sesuai untuk anda
mengambil gambar bokeh yang mana anda boleh meminimumkan nilai f. Mode ini sesuai
untuk pelbagai situasi tetapi tidak sesuai untuk objek yang bergerak (moving
object). Jika di tempat yang cerah, anda kena lihat nilai ss yang diberi.
Mungkin nilai itu sudah terlalu tinggi dan gambar anda masih terlalu terang,
anda boleh turunkan nilai ISO atau naikkan nilai f. Di tempat yang gelap pula,
jika nilai ss yang diberi terlalu kecil dan akan mengakibatkan gambar anda
blur, anda boleh naikkan nilai ISO. Tetapi, nilai ISO yang terlalu tinggi boleh
menyebakan gambar anda pecah. Untuk mengatasinya kekalkan nilai ISO anda dan
gunakan Tripod.
S/Tv mode adalah vice versa dengan A/Av mode. Anda
dibenarkan untuk memilih nilai ss tetapi tidak untuk nilai f. Mode ini adalah
sangat sesuai untuk objek yang bergerak seperti lumba moto, hari sukan, dan
sebagainya. Tetapi nilai ss yang terlalu tinggi akan menyebabkan kurangnya cahaya
masuk dan gambar akan menjadi gelap. Oleh itu, anda boleh mengubah nilai ISO
kepada yang lebih tinggi. Menggunakan mode ini, anda kena menjadi lebih
kreatif. Contohnya untuk mengambil gambar kereta yang laju, anda kena pastikan
focus pada kereta dan gerakkan kamera mengikut arah kereta itu supaya kereta
akan nampak jelas dan latar belakang akan blur. Dalam kes ini, anda kena
menggunakan Tripod. Anda juga boleh membuat gambar yang blur dengan mode ini
iaitu dengan merendahkan nilai ss. Ikut kreativiti masing2.
Untuk memahami mode2 yang di atas, anda kena cuba sendiri
bukan sekadar baca. Sekarang kalau sudah boleh memahami ketiga-tiga mode di
atas, sekarang masa untuk kita memahami M mode pula.
Dengan menggunakan M mode, anda adalah diberi mandat 100% untuk
mengawal kamera anda. Anda boleh mengawal nilai ss dan f dan begitu juga dengan
setting lain. Mode ini amat sesuai untuk anda mengambil gambar landskap yang
mana anda ada masa untuk mencuba nilai2 setting yang berbeza untuk kesan yang
berbeza. Anda kena memastikan kombinasi nilai ss dan f adalah sesuai bukan
boleh tukar sesuka hati. Selain gambar landskap, anda boleh menggunakan mode
ini untuk gambar potrait tetapi anda kena kreatif dalam bemain cahaya. Dengan
menggunakan mode ini, anda boleh menggunakan nilai ss lebih dari yang
disediakan iaitu dengan menggunakan kaedah yang diberi nama Bulb. Skroll kan ss
kepada nilai yang paling lambat sehingga anda jumpa Bulb. Biasanya selepas
nilai ss 30. Dengan Bulb anda boleh kawal nilai shutter sendiri. Bila hendak
ambil gambar, tahan button snap ikut berapa lama yang sesuai. Bergantung dengan
cahaya dan kesan yang anda mahu.
Hehe... Semua di atas adalah teori semata-mata. Saya pun
masih dalam proses mencuba. Selamar mencuba semua. ^_^
JOM KENALI MODE YANG ADA DI KAMERA ANDA ( M, A/Av, S/Tv, P )