Jumaat, 28 Disember 2012

Journey To Senah Rayang















Isnin, 24 Disember 2012

Promote bisnes sendiri

Sementara menunggu kemasukan degree yang masih lama lagi, ana sekarang buat sdikit bisnes secara kecil-kecilan. hehe... kepada yang berdekatan saja la. Area kuching ni la... hmm... tolong promote kat kwn2 juga ya. ^^


Ahad, 23 Disember 2012

Pasir Pandak

Assalamua'laikum... Nak kongsi sedikit gambar yang diambil di Pasir Pandak Sarawak. Hehe... Terlalu indah ciptaan Tuhan x mampu terungkap oleh kata-kata. Inilah antara nikmat yang Allah kurniakan kepada hamba-hambanya. SubhanAllah!!!



Ahad, 16 Disember 2012

Journey Of Muslim 2012

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Alhamdulillah pada 14-16 dis 2012 ana menjadi urusetia utk program Journey Of Muslim di Matang Wildlife Centre. Program ini banyak memberi manfaat kepada semua peserta dari segi ibadah, akidah dan juga akhlak. Para peserta juga didedahkan dengan isu-isu semasa agar menjadi seorang pelajar yang memiliki wawasan diri. Para peserta terdiri daripada pelajar lepasan UPSR sehingga lepasan SPM. Di bawah saya letak 2 gambar peserta bergambar bersama barisan moderator, fasilitator dan juga urusetia. Inshaa Allah dalam masa yang terdekat saya akan muat naik gambar-gambar yang lain. Internet slow sgt, x Dpt nak muat naik semua ^_^ Wallahualam....

Khamis, 13 Disember 2012

Gambar bokeh

Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera Pertama sekali saya ucapkan banyak2 terima kasih sebab sudi baca blog saya ni. Saya budak masih belajar. Hari ni nak kongsikan pada anda semua bagaimana nak dapat bokeh walaupun hanya guna lensa biasa. Mungkin ada yg tanya, apa itu bokeh? hmm... bokeh tu gambar yang mempunyai latar belakang yang blur. Lihat contoh di bawah -->>

F/5 1/50s ISO=1600 36mm

Seperti mana info gambar yang tertera di bawah gambar di atas, Nilai bukaan aperture hanyalah F/5 dan saya menggunakan lensa 18-55mm dgn Focal Length 36mm. Dengan hanya menggunakan lensa biasa, gambar bokeh boleh diambil.

Formula untuk mendapatkan bokeh ialah bukaan aperture kenalah besar (nilainya kecil) dan jarak kamera dgn object tidak terlalu jauh jika anda menggunakan lensa biasa. Untuk kesan yang lebih baik, semestinya lensa yang lebih baik diperlukan. Untuk gambar di atas saya menggunakan ISO yang agak tinggi sbb tempat terlalu gelap.

Isnin, 10 Disember 2012

Gambar berdepan dengan The Spring di Kuching


SubhanAllah cantiknya ciptaan Allah....




Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera. Selamat datang ke blog saya, Arashi Photo Creative. Di dalam blog ini saya akan berkongsi kepada anda semua gambar-gambar yang saya ambil, tip-tip mengambil gambar, info2 ilmiah dan sebagainya. Saya masih baru lagi dalam bidang ini dan mohon tunjuk ajar dari anda semua.
"Nothing to fear, but Allah"

Jom Chat!!!