Isnin, 4 Februari 2013

Surat Buat Adik-Adik PMGS 2013


Bismillahirrahmanirrahim.... 
Assalamua’laikum wbth... 

PMGS 2013 kali ini terlalu banyak meninggalkan kenangan manis untuk diri ini. Kesempatan hari terakhir abang gunakan untuk setiasa ceria dan dibalas pula dengan keceriaan adik-adik PMG semua. Begitu tenang hati ini melihat senyuman-senyuman anda semua. Namun detik keberangkatan adik-adik semua pulang amat-amat menyedihkan. Rasa baru sekejap bersama, dan seperti ingin melafazakan “Jangan pulang dulu adik-adik”. Perasaan yang serba salah menyelubungi jiwa ini. Huh!!! Sukar untuk diungkapkan melaluii kata-kata. Hanya Allah yang tahu... Kenangan-kenangan ini haraplah disimpan di hati adik-adik semua dan inshaaAllah kita akan berjumpa lagi. 

Abang memohon seribu kemaafan atas kekhilafan diri ini. Marah abang bukan kerana benci, Marah abang bukan kerana sakit hati, Marah abang bukan kerana nafsu, tapi Marah abang kerana sayangkan adik-adik semua. Melihat wajah adik-adik menyebabkan rasa kebertanggungjwaban abang semakin tinggi dan ingin yang terbaik untuk adik-adik kerana adik-adiklah penerus perjuangan Islam yang seterusnya. Adik-adiklah generasi pelapis apa yang abang buat hari ini. Adik-adiklah generasi pelapis kepimpinan masa hadapan. 

Maaf juga kepada yang mengenali diri abang sebelum ini tapi abang berpura-pura tidak mengenali agar layanan abang kepada semua adalah sama. Abang takut jadi berat sebelah. Malah adik abang sendiri juga sebagai peserta, adik saudara, anak kepada kenalan ayah abang, junior di sekolah, bekas peserta yang pernah mengikuti program lain, semuanya abang buat macam baru kenal supaya abang boleh tegur semua sama rata. 

Kepada Penghulu dan Penghuluwati, ucapan tahniah daripada abang kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan cukup cemerlang. Cuma, ingatlah bahawa buat kerja kena betulkan niat. Bukan kerana takutkan manusia, tapi takutkan Allah di atas amanah yang telah diamanahkan terhadap diri kita. Semoga menjadi pemimpin yang hebat suatu hari nanti. Begitu juga kepada peserta yang lain. Sifat kepimpinan itu ada pada anda semua. 

Alhamdulillah hari terakhir abang dapat mengukir senyuman dan bergurau senda dengan adik-adik. Walaupun sekejap tapi apakan daya, itulah tugas abang. Abang bukan jenis yang suka marah-marah. Bagi yang kenal tu, faham perangai abang. Hehe... Kata-kata akhir dari abang, semoga adik-adik mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat. Jangan tinggal solat, jaga diri sebaik-baiknya sebagai amanah Allah, jaga kehormatan diri. Jika ada kesempatan di lain hari, boleh kita berjumpa lagi. Wallahualam... 

Assalamua’laikum wbth... 

*Gambar-gambar kenangan

















 
























































































































 

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. adala... tapi kmk post link jak. mun upload kat fb nya mcam ngarey jak. mun post ctok tersusun gik. ^^

      Padam
  2. Balasan
    1. hehe... xpa. lain kali boleh join. boleh join Jom Masuk U kat biro wanita. tnyk kak azila ktk. nya tauk untuk info selanjutnya.

      Padam

Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera. Selamat datang ke blog saya, Arashi Photo Creative. Di dalam blog ini saya akan berkongsi kepada anda semua gambar-gambar yang saya ambil, tip-tip mengambil gambar, info2 ilmiah dan sebagainya. Saya masih baru lagi dalam bidang ini dan mohon tunjuk ajar dari anda semua.
"Nothing to fear, but Allah"

Jom Chat!!!