Isnin, 9 September 2013

Cara mudah membuat jadual kuliah untuk warga UiTM

Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera. Nak ajar cara buat jadual yang paling mudah sekali.

Software yang diperlukan ialah:


Langkah-langkah :

Tekan link di atas dan anda akan lihat web seperti gambar di bawah. Tunggu 5 saat utk button “skip ad” muncul dan klik.



Anda akan dibawa terus ke link untuk download

Extract file yang telah di download dengan menggunakan winrar atau winzip
(boleh google software itu kalau anda tidak memilikinya)


Selepas selesai meng extract file tadi. Double klik pada
“Lumos - UiTM v3.090 BETA.UPDATED.exe”

 Akan ada paparan seperti gambar di bawah dan tekan ok



*** Pastikan anda mempunyai sambungan internet

Terdapat dua kaedah untuk menggunakan software ini iaitu secara manual atau auto. Saya akan bincangkan secara auto untuk entry ini.

Klik pada bar Automatic dan klik ok jika ada pop up



Klik pada button sign in di hujung sebelah kanan dan akan keluar form untuk login. Isikan student id dan password anda. Sama seperti student portal. Dan klik Login


Apabila keluar pop up “Done” , klik ok dan close form login di atas. Selepas itu akan keluar pop up untuk memilih fakulti. Kalau tidak keluar, anda boleh klik button “Campus/Faculty” di sebelah button “Sign-In”.

Tick fakulti mana atau jika tidak pasti tick untuk “All Campus/Faculty” seperti gambar di bawah.

Tapi agak lambat sebab sistem terpaksa semak semua fakulti untuk cari jadual anda. Jika tahu, tick mana2 fakulti yang terlibat. Contohnya anda dr FSKM, klik pada kotak CS. Tapi anda ada mengambil subjek bahasa, jadi kena cari kotak untuk akademi bahasa. Klik OK



Biasanya sistem akan cari secara auto selepas anda klik ok. Jika tidak, klik pada button RUN di bawah button Sign-In. Tunggu sehingga selesai dan sistem akan bertanya sama ada hendak buat time table. Klik Yes. Jadual pun siap.

Untuk save jadual anda, klik save as image seperti arrow pada gambar dii bawah.



Semoga bermanfaat ^_^

Selasa, 12 Mac 2013

Program Solat Hajat, Bacaan Yassin dan Tahlil Untuk Lahad Datu


Assalamua'laikum... Alhamdulillah diberi kesempatan untuk update blog ni. Hari ni nak share gmbr2 yang sempat diambil semasa program seperti tajuk entry di atas di UiTM Shah Alam pada 7 mac 2013 yang lalu. Hari ni baru dapat nak update. Walaupun bukan ajk, tapi dah memang jiwa suka ambil gambar, jadi jadi ajk tanpa lantikan la sekejap. hehe...

Program tu bermula dr sebelum  maghrib lagi, iaitu makan2. huhu... 1st time la program mula dgn makan. Biasa lepas habis program baru makan2, ni terbalik pulak. kreatif sungguh!!! ^^

Tengok-tengok la gambar program kat bawah ni...
















Khamis, 28 Februari 2013

Sujud Tilawah dan Sujud Syukur

Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca sekalian... Kali ini ana ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai sujud Tilawah dan sujud Syukur..

Kadang-kadang kita lihat, ada orang terus sujud begitu sahaja. Sebenarnya, sujud itu tidak sah kerana tidak menepati syarat sah nya.

Untuk kedua-dua sujud, syarat n kaifiatnya adalah sama kecuali niat iaitu mestilah niat untuk sujud tilawah atau sujud syukur. Tidak pula boleh digabungkan dan sujud ini hanya sekali tidak seperti sujud solat atau sujud syahwi.

Pertamanya hendaklah berwudhu iaitu suci dari hadas besar dan kecil,
Keduanya hendaklah menghadap kiblat,
Ketiga hendaklah duduk seperti duduk di antara dua sujud yang dinamakan duduk iftirasy seperti gambar di bawah.


Keempat berniat,
Kelima Mengangkat takbir,
Keenam Sujud,
Ketujuh membaca doa seperti dibawah atau doa2 yang lain

 سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ، فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِيْن
   
Kelapan duduk seperti tahiyat akhir yang dinamakan duduk tawarruk seperti gambar di bawah


Kesembilan memberi salam

itu saja... nampak panjang, tapi sebenarnya ringkas sahaja. Selamat beramal.
*Maklumat ini saya dapat dari guru yang mengajar saya iaitu Ust Syed Izzuddin Al-Munir.
Wallahualam

Selasa, 19 Februari 2013

Workshop Photography & Journalism


Assalamua’alaikum dan Salam Sejahtera kawan2. Biasanya bahasa skema sekarang ni orang letak “Sekian lama x menulis, hari ni terasa nak menulis plak”, “lama dah x update blog ni, hari ni terfikir nak tulis sesuatu”... hmm...

X bermaksud pada sapa2 ya. Xnak la guna ayat tu. ^^

OK2... hari ni (19 februari 2013) ana join satu program di UiTM Samarahan. Nama program tu seperti tajuk post ni la. Hehe... 2 penceramah yang bukan calang-calang orang dijemput. Huh!! Terlalu banyak benda yang diorang kongsikan. Tapi, masa selalu mencemburui kita ya... Jadi xleh la diaorang nak habiskan semua cerita diaorang tu. Pengalaman dorang, rintangan, suka duka dan sebagainya sepanjang menjadi wartawan dan jurugambar semua dorang ceritakan. Hmm... Boring plak cita sal ni.

Ha! Gambar kat atas tu En Saiful Hasam, Penceramah pertama. Beliau merupakan Ketua Biro Utusan Sarawak dan sudah berpengalaman dalam bidang fotografi dan penulisan berita sejak dari 2004 lagi. Banyak cabaran serta rintangan beliau hadapi sepanjang karier beliau. "Kalau nak kaya, jangan jadi wartawan. Yang kita nak bukan kaya, tapi kepuasan", kata beliau semasa menyampaikan ceramah.

Kehidupan menjadi seorang jutawan menjadikan beliau seorang yang dekat dengan masyarakat dan terlalu banyak bakti beliau kepada masyarakat tanpa kita sedari. Beliau pernah membanggakan nama negara dengan expedisi merdeka bermotosikal dari Kuala Lumpur ke London. Perjalanan yang begitu jauh dan mengambil masa lebih 2 bulan. "Tidak semua mampu melakukan ini, kecuali ada "gila" sedikit dalam diri", kata beliau. Banyak lagi la... tapi x larat nak cita...

Seterusnya...
Yang ni pula, En Amir Hafiz, Penceramah kedua. Merupakan Jurugambar Utusan Malaysia. "He is the one of the best we have at Utusan", kata En Saiful Hasam tentang En Amir Hafiz. Ini membuktikan bahawa kebolehan En Amir Hafiz dipandang tinggi oleh ketuanya @ Bossnya. Waa... Secara realitinya memang beliau dikenali hebat orangnya dalam bidang jurugambar.

Gambar-gambar beliau banyak menjadi paparan muka surat depan akhbar Utusan Malaysia. "Gambar yang menarik ialah gambar yang mempunyai value news (1001 cerita) padanya, bukan sekadar komposisi, kejelasan atau lain-lain. Gambar yang menarik juga ialah gambar yang memiliki "Human Interest" padanya.", kata beliau semasa menyampaikan ceramah.

Rasanya cukupla apa yang saya nak ceritakan tentang program ini. Yang penting, program ini banyak memberi kefahaman kita tentang bagaimana hendak menjadi seorang penulis berita yang baik. Program ini wajar untuk diadakan lagi pada masa akan datang. hehe... Okla... cukup la saya merapu kat sini. Sekian... Wassalam...


Gambar-gambar










Malam Pertama Saad bin Muaz

Saad Bin Muaz adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman.

Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin mendirikan rumahtangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah. Kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita-wanita Madinah.

Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, "Wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerana kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali".
Lalu Rasulullah bekata, "Jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin".
Lalu Rasulullah memanggilkan sahabat-sahabat yang lain untuk bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah. Lalu Rasulullah menyuruh sahabat-sahabat tersebut membawa Saad untuk meminang atas jaminan Rasulullah. Alangkah gembiranya Saad di saat itu kerana dirinya dijamin oleh Rasulullah untuk dikahwinkan dengan wanita yang cantik.

Maka Saad pun dibawa oleh sahabat-sahabat ke rumah wanita yang cantik di Madinah itu. Ketika sampai di rumah tersebut, Saad dan sahabat-sahabat dilayan oleh bapa kepada wanita tersebut. Lalu sahabat-sahabat yang lain menyampaikan hajat bahawa Saad telah dijamin oleh Rasulullah datang untuk meminang anaknya yang cantik tersebut.

Bapa wanita itu kemudiannya gembira kerana salah faham menyangka anaknya dipinang oleh Rasulullah. Oleh kerana Saad seorang yang jujur lalu dinyatakan maksud yang sebenar bahawa beliaulah yang ingin meminang wanita yang cantik tersebut. Bapa wanita tersebut kemudian bertukar menjadi marah kerana menghina Saad yang berkulit hitam ingin mengahwini anaknya yang cantik.

Saad pun balik berjumpa dan mengadu kepada Rasulullah. Perempuan yang cantik ini kemudian menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad kerana Saad adalah seorang yang dijamin oleh Rasulullah, dan ketentuan oleh Allah. Lalu bapa wanita itu pergi mengejar Saad dan meminta maaf dan menerima pinangan Saad di depan Rasulullah.

Rasulullah lalu bertanyakan Saad samada beliau memiliki wang. Kerana mengetahui bahawa Saad tiada wang untuk berkahwin maka disuruhnya untuk meminta wang kepada Abd Rahman, Usman dan Ali. Kemudian Rasullulah menyuruh Saad membeli kelengkapan untuk perkahwinannya.

Ketika sedang membeli keperluan untuk perkahwinannya, Saad terdengar seruan jihad dari Rasulullah. "Wahai pemuda-pemuda Islam bersiap sedia segera kerana musuh sedang datang untuk menyerang kita". Lalu Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang dan siap sedia dengan baju perisai dan kuda untuk berperang.

Saad dengan segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat-sahabat lain dengan siap berpakaian perisai perang. Kerana baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali oleh sahabat-sahabat lain. Takdir Allah Saad telah syahid dalam peperangan tersebut.

Selepas perang jihad tersebut, sahabat-sahabat terkejut kerana tidak menyangka orang yang berperisai lengkap tersebut adalah Saad. Mereka sedih dan tidak menyangka kerana Saad sedang bersiap sedia untuk perkahwinannya.

Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullah berkata, "Di saat kematian Saad, bergegar Arash Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi". Saad Bin Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam.

Tetapi apakah kita yang ketika dilahirkan telah pun Islam akan dimuliakan oleh Allah di saat kematian kita?

Sumber : http://www.iluvislam.com/inspirasi/sinar-hidayah/4283-malam-pertama-saad-bin-muaz.html

Isnin, 18 Februari 2013

PILIHANRAYA UMUM 2013 (PRU 13)

Pilihanraya Umum 2013 atau lebih kerap disebut PRU13 adalah satu debaran dunia politik di negara kita. Persaingan yang sengit dari pihak lawan menjadi satu cabaran kepada pihak lawan. Saya xnak cakap panjang2 pasal PRU ni. hehe... =) Berikut adalah tarikh-tarikh penting :

Tarikh-tarikh Dun akan terbubar secara automatik;

21 Mac : Johor
26 Mac : N.sembilan
7 April : Pahang
22 April : Selangor
24 April : Perak
26 April : Melaka
28 April : Perlis & Kelantan
29 April : Sabah
2 Mei : Penang & Kedah
5 Mei : Terengganu

28 April Parlimen Malaysia Automatik terbubar.

Datuk Dr. Wan Junaidi berkata dalam ucapan beliau bahawa pasti PM Najib akan membubarkan Parlimen sebelum tarikh Dun-Dun lain terbubar atas beberapa sebab. Sebabnya fikir la sendiri. ^^

Marilah kita sama-sama mendoakan agar pihak yang benar2 sayangkan negara kita, yang benar2 membela nasib rakyat, yang benar2 ikhlas dalam mentadbir menang di PRU akan datang. Aminn.... 

Selasa, 12 Februari 2013

SAY NO TO VALENTINE DAY!


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keterangan/Hujah: 
 
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:

من تشبه بقوم فهو منهم     

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
 ( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
 (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day

Isnin, 4 Februari 2013

Surat Buat Adik-Adik PMGS 2013


Bismillahirrahmanirrahim.... 
Assalamua’laikum wbth... 

PMGS 2013 kali ini terlalu banyak meninggalkan kenangan manis untuk diri ini. Kesempatan hari terakhir abang gunakan untuk setiasa ceria dan dibalas pula dengan keceriaan adik-adik PMG semua. Begitu tenang hati ini melihat senyuman-senyuman anda semua. Namun detik keberangkatan adik-adik semua pulang amat-amat menyedihkan. Rasa baru sekejap bersama, dan seperti ingin melafazakan “Jangan pulang dulu adik-adik”. Perasaan yang serba salah menyelubungi jiwa ini. Huh!!! Sukar untuk diungkapkan melaluii kata-kata. Hanya Allah yang tahu... Kenangan-kenangan ini haraplah disimpan di hati adik-adik semua dan inshaaAllah kita akan berjumpa lagi. 

Abang memohon seribu kemaafan atas kekhilafan diri ini. Marah abang bukan kerana benci, Marah abang bukan kerana sakit hati, Marah abang bukan kerana nafsu, tapi Marah abang kerana sayangkan adik-adik semua. Melihat wajah adik-adik menyebabkan rasa kebertanggungjwaban abang semakin tinggi dan ingin yang terbaik untuk adik-adik kerana adik-adiklah penerus perjuangan Islam yang seterusnya. Adik-adiklah generasi pelapis apa yang abang buat hari ini. Adik-adiklah generasi pelapis kepimpinan masa hadapan. 

Maaf juga kepada yang mengenali diri abang sebelum ini tapi abang berpura-pura tidak mengenali agar layanan abang kepada semua adalah sama. Abang takut jadi berat sebelah. Malah adik abang sendiri juga sebagai peserta, adik saudara, anak kepada kenalan ayah abang, junior di sekolah, bekas peserta yang pernah mengikuti program lain, semuanya abang buat macam baru kenal supaya abang boleh tegur semua sama rata. 

Kepada Penghulu dan Penghuluwati, ucapan tahniah daripada abang kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan cukup cemerlang. Cuma, ingatlah bahawa buat kerja kena betulkan niat. Bukan kerana takutkan manusia, tapi takutkan Allah di atas amanah yang telah diamanahkan terhadap diri kita. Semoga menjadi pemimpin yang hebat suatu hari nanti. Begitu juga kepada peserta yang lain. Sifat kepimpinan itu ada pada anda semua. 

Alhamdulillah hari terakhir abang dapat mengukir senyuman dan bergurau senda dengan adik-adik. Walaupun sekejap tapi apakan daya, itulah tugas abang. Abang bukan jenis yang suka marah-marah. Bagi yang kenal tu, faham perangai abang. Hehe... Kata-kata akhir dari abang, semoga adik-adik mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat. Jangan tinggal solat, jaga diri sebaik-baiknya sebagai amanah Allah, jaga kehormatan diri. Jika ada kesempatan di lain hari, boleh kita berjumpa lagi. Wallahualam... 

Assalamua’laikum wbth... 

*Gambar-gambar kenangan

















 
























































































































 
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera. Selamat datang ke blog saya, Arashi Photo Creative. Di dalam blog ini saya akan berkongsi kepada anda semua gambar-gambar yang saya ambil, tip-tip mengambil gambar, info2 ilmiah dan sebagainya. Saya masih baru lagi dalam bidang ini dan mohon tunjuk ajar dari anda semua.
"Nothing to fear, but Allah"

Jom Chat!!!